Monday 25 July 2011

BurpPpp..

    • Aku bukan penulis,menulis bukan hidup aku,
      namun aku menulis untuk luahan hidup..

      Persoalan... banyak..samaada terkata atau tidak,itu menjadi persoalan.

      Luahan,ikhlas atau tidak,bukan kuasa kita untuk menilai..

      Kita ada akal untuk berfikir,kita ada hati untuk merasa dan kita ada mulut untuk meluahkan.. serasikah ketiga-tiganya?untuk apa? aku tidak tahu.. itu masih menjadi persoalan...

      Aku tak tahu..
      Aku hidup untuk belajar, dan hidup masih mengajar aku..

      Sekian.

Wednesday 20 July 2011

Perhatian!!

Assalamualaikum...

Bukan nak mintak perhatian, tapi tu je title yang terlintas kat kepala..
Baiklah, harini nak cakap pasal... Hidup..


Hidup,kehidupan dan hidupan.. semuanya berkait rapat sama ada secara langsung atau tidak..
Ini pendapat saya.. (Mcm mencarut je).. takpe,saya teruskan gak logiknya di sini..

Dalam hidup, kita seringkali berada dalam keadaan di mana terpaksa membuat keputusan..
Aku,selalu buat keputusan melulu, tanpa berfikir baik buruknya.. pastu kalau jd baik,alhamdulillah la..
kalau sebaliknya,menangis tak berlagu laa.. huhuhu

Tapi,takde insan yang tak membuat kesilapan.. apa yang dah berlaku haruslah dijadikan pengajaran dan mematangkan kita..

Jangan ulang lagi kesilapan yang sama..

Kita ada akal.. baik dan buruk adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza..

Kesimpulannya.. fikir baik-baik sebelum membuat sesuatu keputusan..

Kalau boleh,Ikut kata hati,then syncronize dengan akal..

:-)

Monday 18 July 2011

Kepentingan air untuk kesihatan..

Assalamualaikum..

Baru-baru ini negara kita dilanda jerebu,jadi salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan diri adalah dengan cara minumlah air dengan secukupnya..

Menurut pakar, sekurang-kurangnya 2 liter atau dengan anggaran 10 gelas air sehari diperlukan untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita..

Janganlah risau kalau kerap ke tandas untuk membuang air kecil, ini adalah proses semulajadi yang dapat menyingkirkan toksin dari tubuh badan kita..

Untuk yang dalam usaha nak kurangkan berat badan tu,cuba amalkan minum air putih 10 minit sebelum makan,ini boleh menyebabkan perut kita terasa cepat kenyang dan seterusnya mengurangkan kuantiti apa yang kita makan.

Selain itu,terdapat banyak lagi kebaikkan amalan meminum air putih yang boleh kita "google". Walaupun tak sedap, tapi itulah yang terbaik untuk kita.. sesungguhnya,yang pahit itu ubat dan yang manis itu racun.. jadi kurangkanlah makanan yang tak sihat tu ye..

Isu kesihatan ni,kalau kita ambik serius,ianya sangat menyeronokkan untuk dikaji dan diamalkan.. tak salah kan kalau kita mencegah dari kita susah-susah mengubati kelak..

Saturday 16 July 2011

Merdeka!!!~..

Merdeka!..bulan depan memangla hari kebangsaan. Tapi apa yang aku maksudkan di sini ialah aku baru je lepas menduduki exam SPA(Suruhanjaya perkhidmatan Awam)..

Alhamdulillah, perasaan lepas exam tu lega.. sebab,aku dah usaha sehabis baik.. doa pun dah.. cuma tinggal tawakal je la.. apa pun keputusannya nanti, baik atau buruk, aku redha je.. sesungguhnya rezeki datang dari Allah S.W.T..

Syukur,sebab xdela halangan masa aku nak menjalani exam.. cuma part maths tu aku tak berapa nak cukup masa,huhu.. tapi,apa-apapun part lain aku ade confident lebih ckit.. moga-moga aku pass la exam ni..InsyaAllah..

Baru-baru ini fikiran aku amat bercelaru.. ingin aku luahkan di sini tapi tak mampu.. apa yang dapat aku luahkan dalam hati je..

Aku selalu memohon kepada yang maha esa agar diberi kelapangan dada selalu dan dijauhi sesuatu perkara buruk yang tak dapat aku tanggung serta ketabahan hati jika musibah menimpa..

Thursday 14 July 2011

Entahla..

Baiklah,merujuk kepada title kat atas iaitu "entahla..".. entahla,aku pun tak tau sebenarnya nak cakap apa. Begini,sedang asyik aku membelek-belek facebook,kelihatan satu page "member" pompuan aku ni dengan bangganya berpakaian tak cukup kain.. bak kata mak aku tarik atas bawah nampak,tarik bawah atas pulak yang nampak..

hmm,aku bukannya baik sangat pun sebab nak mengata orang.Tapi,aku tau manusia memang takkan sempurna namun kita seharusnya cuba menjadi yang terbaik..

Bab pakai seksa-seksa tu mungkin isu biasa bagi sesetengah orang,namun bagaimana pula dengan tanpa segan-silu mem"promotekan" brand minuman keras seperti "Heineken","Tiger","Carlsberg" dan seumpamanya di laman page sosial tersebut..(apa nak jadi)..

ok,mungkin bagi sesetengah individu ini bukan isu besar dan harus diperbesarkan.. tapi,aku percaya satu tompok hitam bermula dari setitis permulaan..(hentam je la)

"Simple things does matter"...

Baiklah,nak zohor dah kat sini.. ehem,aku lupa plak nak mandi (sebab kusyuk sangat "study" konon..)..

Next,mandi..Zohor kemudian sambung study.. (On diet,jadi aku skip lunch laa.. ;P)

Dup..Dup..Dup

Baru-baru ini jantung aku selalu berdebar-debar.. mungkin sebab nak exam kot,atau mungkin tidak..
Akan tetapi tiap hari aku bangun dengan azam dan semangat dan baru..
Hari ini pasti lebih baik dari semalam,sebab aku sudah setapak ke hadapan..(sekurang-kurangnya)

Azam aku harini ni nak study esei english,pasal isu-isu semasa dan tak berapa nak semasa.. Rasuah,pencemaran,kerajaan,perpaduan dan sebagainya..
apa yang penting rangka kata tu mesti kuat,mantap dan isi-isi penting harus aku fikirkan secara kritis dan kreatif.. baru pemeriksa nak bagi markah lebih..
Bak kata pepatah "no pain,no gain"..ermm..kalau dalam bahasa melayu pulak "Tiada usaha tanpa kejayaan"...

ok,yang ni xde kaitan dgn exam -->Aku tak kisah la blog aku ni tak semantap blog-blog orang lain, ayat pun biasa-biasa je dan tak sepower blogger lain ,isi pun tak berdaya saing namun apa yang penting ini hasil taipan aku yang asli,lahir dari kepala aku sendiri dan yang paling penting..janji aku suka dan tak kacau hak orang..kikiki :)

Sekian, aku nak sambung study laa.. Salammm..

Monday 11 July 2011

Kurang pasti..

Assalamualaikum....
Jam menunjukkan pukul 12.25am.. still xtdo lagi sebab berazam nak study la konon.. plan nak study sampai jam 3 pagi.. hehe

hermm.. aku sentiasa berdoa agar Allah S.W.T sentiasa lapangkan dada hambaMu ini.. sesungguhnya,aku x sanggup untuk jatuh lagi..

Banyak lagi artikel nak dibaca ni.. tp last2 aku g memblog plak,xsalah la kot sb dpt memantapkan bahasa aku dan dapat mengilangkan mengantuk... kalau study time pagi2 ni aku lebih fokus.. nak study untuk kerja ni,bkn sebab aku sambung study k..

Sungguh aku sangat-sangat rindu zaman study yang dah aku tinggalkan pada hujung tahun lepas.. skrg ni masih lagi mencari2 karier yg aku idamkan.. yezza,skrg ni tgh berusaha menggapai karier idamanku.. jd usaha seterusnya,aku kena study sungguh2 untuk exam tue la.. InsyaAllah,aku nak lulus exam ni,nak sangat2.. Ya Allah,bantulah hambaMu ini untuk lulus..

Okla,aku nak sambung study plak... daaaa~